11 April 2014

SEMINAR KELESTARIAN PENTERNAKAN & KEUSAHAWANAN AYAM KAMPUNG

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Latihan PPAKM dengan kerjasama PPAKM Cawangan Negeri Terengganu akan menganjurkan Seminar Kelestarian Penternakan & Keusahawanan Ayam Kampung yang akan diadakan seperti maklumat dibawah;


Tarikh    :  4 Mei 2014 (Ahad)
Masa      :  8.00pagi - 5.00petang
Tempat   :  Dewan Mahyudin, Universiti Malaysia Terengganu.

Yuran : 
             Ahli PPAKM  : RM 20.00
             Bukan Ahli     : RM 40.00


Modul Seminar

  1. Potensi Industri Ternakan Ayam Kampung oleh Pengarah Veterinar Negeri Terengganu
  2. Pemakanan Ternakan Ayam Kampung oleh Dr Suparjo, Pensyarah UMT
  3. Penyakit dalam Ternakan Ayam Kampung oleh Prof. Abdul Wahab
  4. Pembiak-bakaan dalam Ternakan Ayam Kampung oleh Pegawai MARDI
Turut sama dalam Seminar ini ialah Presiden Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia. 


Sila klik sini untuk PENDAFTARAN


Bagi peserta dari luar Negeri Terengganu yang memerlukan penginapan, tuan/puan boleh menghubungi urusetia seminar 019-9085681 (En Ahmad Shukri)



20 Mac 2014

MESYUARAT PERWAKILAN 2014 - 2017

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia akan diadakan pada 19 APRIL 2014. Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

12 Mac 2014

3 MESYUARAT SERENTAK PADA 15 MAC 2014

Dengan ini dimaklumkan pada 15 Mac 2014 ini, 3 Mesyuarat akan diadakan seperti butiran berikut;



Tempat           : Bilik Mesyuarat Kenyalang, Seksyen Unggas, Wisma Tani, Putrajaya. 

9.00pg - 10.30pg      - Mesyuarat Jawatankuasa Belia Negeri (AJK Belia Negeri)

11.00pg - 1.30 ptg    - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil 1/2014 (AJK Induk)

2.30ptg - 4.00 ptg     - Mesyuarat Presiden & YDP Negeri Kali Ke-2 (YDP Negeri)



Maklumat lanjut berkenaan perkembangan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan pada post seterusnya. 

6 Disember 2013

Ayam Kampung Terancam

Oleh Azhar Kasim 
Utusan Malaysia, 27 Jun 2007 

Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di beberapa buah negara Barat ia dikenali sebagai free ranging chicken atau organic chicken. 


Nama-nama ini sudah jadi sebutan biasa kerana ayam jenis ini bergerak bebas di lapangan sama ada ia dipelihara di kawasan bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. 



Di lapangan ayam ini berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Secara tidak langsung kawasan yang lapang dimanfaatkan dengan pemeliharaan ayam kampung. 


25 November 2013

SEMINAR PPAKM 2013

TARIKH: 23 & 24 NOVEMBER 2013
TEMPAT: HOTEL BRISDALE. KUALA LUMPUR

PPAKM terus mengorak langkah sebagai teraju dalam industri ayam kampung di Malaysia dengan mengadakan Seminar Industri Ayam Kampung. Selama 2 hari 1 malam AJK Induk & AJk Negeri berkampung di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Antara program yang dibuat ialah Taklimat Pengurusan Persatuan, Bengkel Pelan Strategik, Perbincangan Isu-Isu Ternakan Ayam Kampung, Mesyuarat Ajk Induk bersama YDP Negeri dll....

Seramai 34 orang ahli persatuan telah hadir ke seminar tersebut. Pada kali ini bilangan peserta adalah terhad. InsyAllah pada lain masa kita akan buka penyertaan kepada semua setelah persatuan kita lebih mantap dan kuat.

Pada seminar tersebut peserta begitu bersemangat berdiskusi dan memberikan idea-idea bernas dalam perbincangan secara berkumpulan. Diharapkan objektif persatuan mengadakan seminar ini tercapai. Harapan juga semoga hasil perbincangan akan disalurkan kepada ahli PPAKM di seluruh negara...
AJK INDUK PPAKM 2013
Depan dari kiri: En. Azuan (Ajk), En. Mah Iazam (Naib Presiden), En. Roslan (Presiden), 
En. Khai (SU Agung), En. Nizam (Naib SU)
Belakang dari kiri: En. Ismail Iderus (Ajk), En. Mior (Bendahari), 
En. Adib (Ajk), Cik Teh (Ajk), En. Syukri (Ajk)



PRESIDEN BERSAMA YDP NEGERI
Depan dari kiri: En. Shamsuri (YDP Kelantan), En. Zolkapli (YDP Terengganu), 
Tuan Presiden, En. Yuzli (YDP Kedah)
Belakan dari kiri: En. Yusri Rizal (YDP Pahang), En. Rosman (YDP Johor), 
En. Khairul Anuar (YDP Melaka), En. Ahmad Sobri (YDP Perak), 
En. Norazim (YDP Selangor), 
En. Aziz (YDP Penang)


Presiden membentangkan 
Pelan Strategik PPPAKM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...