20 Mac 2014

MESYUARAT PERWAKILAN 2014 - 2017

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia akan diadakan pada 19 APRIL 2014. Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

12 Mac 2014

3 MESYUARAT SERENTAK PADA 15 MAC 2014

Dengan ini dimaklumkan pada 15 Mac 2014 ini, 3 Mesyuarat akan diadakan seperti butiran berikut;



Tempat           : Bilik Mesyuarat Kenyalang, Seksyen Unggas, Wisma Tani, Putrajaya. 

9.00pg - 10.30pg      - Mesyuarat Jawatankuasa Belia Negeri (AJK Belia Negeri)

11.00pg - 1.30 ptg    - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil 1/2014 (AJK Induk)

2.30ptg - 4.00 ptg     - Mesyuarat Presiden & YDP Negeri Kali Ke-2 (YDP Negeri)



Maklumat lanjut berkenaan perkembangan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan pada post seterusnya. 

6 Disember 2013

Ayam Kampung Terancam

Oleh Azhar Kasim 
Utusan Malaysia, 27 Jun 2007 

Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di beberapa buah negara Barat ia dikenali sebagai free ranging chicken atau organic chicken. 


Nama-nama ini sudah jadi sebutan biasa kerana ayam jenis ini bergerak bebas di lapangan sama ada ia dipelihara di kawasan bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. 



Di lapangan ayam ini berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Secara tidak langsung kawasan yang lapang dimanfaatkan dengan pemeliharaan ayam kampung. 


25 November 2013

SEMINAR PPAKM 2013

TARIKH: 23 & 24 NOVEMBER 2013
TEMPAT: HOTEL BRISDALE. KUALA LUMPUR

PPAKM terus mengorak langkah sebagai teraju dalam industri ayam kampung di Malaysia dengan mengadakan Seminar Industri Ayam Kampung. Selama 2 hari 1 malam AJK Induk & AJk Negeri berkampung di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Antara program yang dibuat ialah Taklimat Pengurusan Persatuan, Bengkel Pelan Strategik, Perbincangan Isu-Isu Ternakan Ayam Kampung, Mesyuarat Ajk Induk bersama YDP Negeri dll....

Seramai 34 orang ahli persatuan telah hadir ke seminar tersebut. Pada kali ini bilangan peserta adalah terhad. InsyAllah pada lain masa kita akan buka penyertaan kepada semua setelah persatuan kita lebih mantap dan kuat.

Pada seminar tersebut peserta begitu bersemangat berdiskusi dan memberikan idea-idea bernas dalam perbincangan secara berkumpulan. Diharapkan objektif persatuan mengadakan seminar ini tercapai. Harapan juga semoga hasil perbincangan akan disalurkan kepada ahli PPAKM di seluruh negara...
AJK INDUK PPAKM 2013
Depan dari kiri: En. Azuan (Ajk), En. Mah Iazam (Naib Presiden), En. Roslan (Presiden), 
En. Khai (SU Agung), En. Nizam (Naib SU)
Belakang dari kiri: En. Ismail Iderus (Ajk), En. Mior (Bendahari), 
En. Adib (Ajk), Cik Teh (Ajk), En. Syukri (Ajk)



PRESIDEN BERSAMA YDP NEGERI
Depan dari kiri: En. Shamsuri (YDP Kelantan), En. Zolkapli (YDP Terengganu), 
Tuan Presiden, En. Yuzli (YDP Kedah)
Belakan dari kiri: En. Yusri Rizal (YDP Pahang), En. Rosman (YDP Johor), 
En. Khairul Anuar (YDP Melaka), En. Ahmad Sobri (YDP Perak), 
En. Norazim (YDP Selangor), 
En. Aziz (YDP Penang)


Presiden membentangkan 
Pelan Strategik PPPAKM


31 Oktober 2013

Kempen Makan Ayam Kampung









Menurut pakar pemakanan dari program dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Shariza Abd. Razak, ayam kampung mempunyai nutrisi yang lebih tinggi berbanding ayam daging kerana cara hidup yang lebih semula jadi.


"Selain itu, ia tidak disuntik dengan sebarang ubat-ubatan sepanjang proses pembesaran," ujarnya ketika dihubungi oleh Kosmo!.
Berbanding ayam daging, tambahnya, ia akan disuntik dengan dua suntikan pada kebiasaannya bagi membantu kelangsungan hidup ayam tersebut.
"Salah satu suntikan tersebut adalah suntikan hormon yang menggalakkan proses tumbesaran ayam. Dalam masa yang sama, ia turut disuntik dengan suntikan antibiotik yang bertujuan untuk mengelakkan sebarang penyakit menjangkiti ayam ternakan," jelasnya.
Suntikan hormon mengambil masa selama 30 hingga 60 hari untuk larut dalam badan ayam dan selamat untuk dimakan. Selepas tempoh masa tersebut, barulah ayam patut dijual kepada pengguna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...