PPM-003-16-07102013 Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia (PPAKM) menghimpunkan semua warga yang terlibat dalam industri ayam kampung di Malaysia...
28 November 2013
25 November 2013
SEMINAR PPAKM 2013
TARIKH: 23 & 24 NOVEMBER 2013
TEMPAT: HOTEL BRISDALE. KUALA LUMPUR
PPAKM terus mengorak langkah sebagai teraju dalam industri ayam kampung di Malaysia dengan mengadakan Seminar Industri Ayam Kampung. Selama 2 hari 1 malam AJK Induk & AJk Negeri berkampung di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Antara program yang dibuat ialah Taklimat Pengurusan Persatuan, Bengkel Pelan Strategik, Perbincangan Isu-Isu Ternakan Ayam Kampung, Mesyuarat Ajk Induk bersama YDP Negeri dll....
Seramai 34 orang ahli persatuan telah hadir ke seminar tersebut. Pada kali ini bilangan peserta adalah terhad. InsyAllah pada lain masa kita akan buka penyertaan kepada semua setelah persatuan kita lebih mantap dan kuat.
Pada seminar tersebut peserta begitu bersemangat berdiskusi dan memberikan idea-idea bernas dalam perbincangan secara berkumpulan. Diharapkan objektif persatuan mengadakan seminar ini tercapai. Harapan juga semoga hasil perbincangan akan disalurkan kepada ahli PPAKM di seluruh negara...
AJK INDUK PPAKM 2013
Depan dari kiri: En. Azuan (Ajk), En. Mah Iazam (Naib Presiden), En. Roslan (Presiden),
En. Khai (SU Agung), En. Nizam (Naib SU)
Belakang dari kiri: En. Ismail Iderus (Ajk), En. Mior (Bendahari),
En. Adib (Ajk), Cik Teh (Ajk), En. Syukri (Ajk)
PRESIDEN BERSAMA YDP NEGERI
Depan dari kiri: En. Shamsuri (YDP Kelantan), En. Zolkapli (YDP Terengganu),
Tuan Presiden, En. Yuzli (YDP Kedah)
Belakan dari kiri: En. Yusri Rizal (YDP Pahang), En. Rosman (YDP Johor),
En. Khairul Anuar (YDP Melaka), En. Ahmad Sobri (YDP Perak),
En. Norazim (YDP Selangor),
En. Aziz (YDP Penang)
Presiden membentangkan
Pelan Strategik PPPAKM
15 November 2013
31 Oktober 2013
Kempen Makan Ayam Kampung
Menurut pakar pemakanan dari program dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Shariza Abd. Razak, ayam kampung mempunyai nutrisi yang lebih tinggi berbanding ayam daging kerana cara hidup yang lebih semula jadi.
"Selain itu, ia tidak disuntik dengan sebarang ubat-ubatan sepanjang proses pembesaran," ujarnya ketika dihubungi oleh Kosmo!.
Berbanding ayam daging, tambahnya, ia akan disuntik dengan dua suntikan pada kebiasaannya bagi membantu kelangsungan hidup ayam tersebut.
"Salah satu suntikan tersebut adalah suntikan hormon yang menggalakkan proses tumbesaran ayam. Dalam masa yang sama, ia turut disuntik dengan suntikan antibiotik yang bertujuan untuk mengelakkan sebarang penyakit menjangkiti ayam ternakan," jelasnya.
Suntikan hormon mengambil masa selama 30 hingga 60 hari untuk larut dalam badan ayam dan selamat untuk dimakan. Selepas tempoh masa tersebut, barulah ayam patut dijual kepada pengguna.
11 Oktober 2013
MAKLUMAN INFO PENDAFTARAN PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA
As salam rakan penternak. Ada sedikit
info dan makluman berkenaan permohonan menjadi ahli bagi Persatuan Penternak
Ayam Kampung Malaysia (PPAKM). Minta
kerjasama tuan/puan download borang
pendaftaran ahli, lengkapkan butiran maklumat dan kembalikan beserta 1
salinan kad pengenalan dan salinan resit bayaran RM 50.00 (Pendaftaran
Keahlian Seumur hidup) kepada Setiausaha
Negeri
masing-masing. (NEGERI SEMBILAN,SELANGOR dan JOHOR). Bagi Negeri yang belum ditubuhkan bolehlah
dialamatkan terus ke Setiausaha Agung atau wakil AJK Induk PPAKM untuk urusan
pemprosesan.
Untuk makluman kita masih belum
mempunyai akaun persatuan. Sebarang bayaran bolehlah di bank-in ke akaun bank
BENDAHARI AGUNG : MIOR AHMAD BIN ABDUL
AZIZ - MAYBANK 155087216887. Sila simpan
resit dan maklumkan kepada Bendahari Agung atau Bendahari Negeri untuk bukti
pengesahan bayaran.
Bagi Ahli yang telah membuat
bayaran RM 20.00 pada perjumpaan pertama kita di putrajaya pada 28 September 2013 anda secara AUTOMATIK menjadi ahli persatuan. Sungguhpun
begitu anda juga dipohon umtuk membayar baki sebanyak RM30.00 bagi tujuan
pendaftaran. Untuk penternak yang BARU memohon anda dikehendaki membayar PENUH bayaran permohonan.
Penghantaran permohonan hendaklah
diterima SEBELUM atau PADA 18 Oktober
2013 (JUMAAT) . Ini kerana AJK Induk akan mengadakan Mesyuarat pada 19 oktober
2013 untuk mengesah keahlian. AHLI YANG
MENGHANTAR DAN MEMBUAT BAYARAN PENUH SEBELUM 18 OKTOBER 2013 DIKECUALIKAN
DARIPADA BAYARAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2013 SAHAJA.
*MOHON KERJASAMA JAWATANKUASA
INDUK ,YDP NEGERI,SETIAUSAHA DAN BENDAHARI NEGERI memudahkan PROSES PERMOHONAN DI NEGERI
MASING-MASING.
NAIB SETIAUSAHA
PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA
7 Oktober 2013
PERMOHONAN PERSATUAN PPAKM TELAH DILULUSKAN OLEH ROS
Langgan:
Catatan (Atom)










