Adalah dimaklumkan bahawa Unit Latihan PPAKM dengan kerjasama PPAKM Cawangan Negeri Terengganu akan menganjurkan Seminar Kelestarian Penternakan & Keusahawanan Ayam Kampung yang akan diadakan seperti maklumat dibawah;
Tarikh : 4 Mei 2014 (Ahad)
Masa : 8.00pagi - 5.00petang
Tempat : Dewan Mahyudin, Universiti Malaysia Terengganu.
Yuran :
Ahli PPAKM : RM 20.00
Bukan Ahli : RM 40.00
Modul Seminar
- Potensi Industri Ternakan Ayam Kampung oleh Pengarah Veterinar Negeri Terengganu
- Pemakanan Ternakan Ayam Kampung oleh Dr Suparjo, Pensyarah UMT
- Penyakit dalam Ternakan Ayam Kampung oleh Prof. Abdul Wahab
- Pembiak-bakaan dalam Ternakan Ayam Kampung oleh Pegawai MARDI
Turut sama dalam Seminar ini ialah Presiden Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia.
Bagi peserta dari luar Negeri Terengganu yang memerlukan penginapan, tuan/puan boleh menghubungi urusetia seminar 019-9085681 (En Ahmad Shukri)