6 Disember 2013

Ayam Kampung Terancam

Oleh Azhar Kasim 
Utusan Malaysia, 27 Jun 2007 

Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di beberapa buah negara Barat ia dikenali sebagai free ranging chicken atau organic chicken. 


Nama-nama ini sudah jadi sebutan biasa kerana ayam jenis ini bergerak bebas di lapangan sama ada ia dipelihara di kawasan bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. 



Di lapangan ayam ini berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Secara tidak langsung kawasan yang lapang dimanfaatkan dengan pemeliharaan ayam kampung. 


25 November 2013

SEMINAR PPAKM 2013

TARIKH: 23 & 24 NOVEMBER 2013
TEMPAT: HOTEL BRISDALE. KUALA LUMPUR

PPAKM terus mengorak langkah sebagai teraju dalam industri ayam kampung di Malaysia dengan mengadakan Seminar Industri Ayam Kampung. Selama 2 hari 1 malam AJK Induk & AJk Negeri berkampung di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Antara program yang dibuat ialah Taklimat Pengurusan Persatuan, Bengkel Pelan Strategik, Perbincangan Isu-Isu Ternakan Ayam Kampung, Mesyuarat Ajk Induk bersama YDP Negeri dll....

Seramai 34 orang ahli persatuan telah hadir ke seminar tersebut. Pada kali ini bilangan peserta adalah terhad. InsyAllah pada lain masa kita akan buka penyertaan kepada semua setelah persatuan kita lebih mantap dan kuat.

Pada seminar tersebut peserta begitu bersemangat berdiskusi dan memberikan idea-idea bernas dalam perbincangan secara berkumpulan. Diharapkan objektif persatuan mengadakan seminar ini tercapai. Harapan juga semoga hasil perbincangan akan disalurkan kepada ahli PPAKM di seluruh negara...
AJK INDUK PPAKM 2013
Depan dari kiri: En. Azuan (Ajk), En. Mah Iazam (Naib Presiden), En. Roslan (Presiden), 
En. Khai (SU Agung), En. Nizam (Naib SU)
Belakang dari kiri: En. Ismail Iderus (Ajk), En. Mior (Bendahari), 
En. Adib (Ajk), Cik Teh (Ajk), En. Syukri (Ajk)



PRESIDEN BERSAMA YDP NEGERI
Depan dari kiri: En. Shamsuri (YDP Kelantan), En. Zolkapli (YDP Terengganu), 
Tuan Presiden, En. Yuzli (YDP Kedah)
Belakan dari kiri: En. Yusri Rizal (YDP Pahang), En. Rosman (YDP Johor), 
En. Khairul Anuar (YDP Melaka), En. Ahmad Sobri (YDP Perak), 
En. Norazim (YDP Selangor), 
En. Aziz (YDP Penang)


Presiden membentangkan 
Pelan Strategik PPPAKM


31 Oktober 2013

Kempen Makan Ayam Kampung









Menurut pakar pemakanan dari program dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Shariza Abd. Razak, ayam kampung mempunyai nutrisi yang lebih tinggi berbanding ayam daging kerana cara hidup yang lebih semula jadi.


"Selain itu, ia tidak disuntik dengan sebarang ubat-ubatan sepanjang proses pembesaran," ujarnya ketika dihubungi oleh Kosmo!.
Berbanding ayam daging, tambahnya, ia akan disuntik dengan dua suntikan pada kebiasaannya bagi membantu kelangsungan hidup ayam tersebut.
"Salah satu suntikan tersebut adalah suntikan hormon yang menggalakkan proses tumbesaran ayam. Dalam masa yang sama, ia turut disuntik dengan suntikan antibiotik yang bertujuan untuk mengelakkan sebarang penyakit menjangkiti ayam ternakan," jelasnya.
Suntikan hormon mengambil masa selama 30 hingga 60 hari untuk larut dalam badan ayam dan selamat untuk dimakan. Selepas tempoh masa tersebut, barulah ayam patut dijual kepada pengguna.

11 Oktober 2013

MAKLUMAN INFO PENDAFTARAN PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA



As salam rakan penternak. Ada sedikit info dan makluman berkenaan permohonan menjadi ahli bagi Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia (PPAKM).  Minta kerjasama  tuan/puan download borang pendaftaran ahli, lengkapkan butiran maklumat dan kembalikan beserta  1 salinan kad pengenalan dan salinan resit bayaran RM 50.00 (Pendaftaran Keahlian Seumur hidup) kepada  Setiausaha  Negeri  masing-masing. (NEGERI SEMBILAN,SELANGOR dan JOHOR).  Bagi Negeri yang belum ditubuhkan bolehlah dialamatkan terus ke Setiausaha Agung atau wakil AJK Induk PPAKM untuk urusan pemprosesan.  

Untuk makluman kita masih belum mempunyai akaun persatuan. Sebarang bayaran bolehlah di bank-in ke akaun bank BENDAHARI AGUNG : MIOR AHMAD BIN ABDUL AZIZ - MAYBANK 155087216887. Sila simpan resit dan maklumkan kepada Bendahari Agung atau Bendahari Negeri untuk bukti pengesahan bayaran. 

Bagi Ahli yang telah membuat bayaran RM 20.00 pada perjumpaan pertama kita di putrajaya  pada 28 September 2013 anda secara AUTOMATIK menjadi ahli persatuan. Sungguhpun begitu anda juga dipohon umtuk membayar baki sebanyak RM30.00 bagi tujuan pendaftaran. Untuk penternak yang BARU memohon anda dikehendaki membayar PENUH bayaran permohonan. 

Penghantaran permohonan hendaklah diterima SEBELUM atau PADA 18 Oktober 2013 (JUMAAT) . Ini kerana AJK Induk akan mengadakan Mesyuarat pada 19 oktober 2013 untuk mengesah keahlian.  AHLI YANG MENGHANTAR DAN MEMBUAT BAYARAN PENUH SEBELUM 18 OKTOBER 2013 DIKECUALIKAN DARIPADA BAYARAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2013 SAHAJA.

 Download Borang Keahlian PPAKM


 *MOHON KERJASAMA JAWATANKUASA INDUK ,YDP NEGERI,SETIAUSAHA DAN BENDAHARI NEGERI  memudahkan PROSES PERMOHONAN DI NEGERI MASING-MASING.

NAIB SETIAUSAHA
PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA

7 Oktober 2013

PERMOHONAN PERSATUAN PPAKM TELAH DILULUSKAN OLEH ROS

Berita baik untuk semua....

Pada hari in emel daripada ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) telah diterima. Permohonan persatuan kita telah LULUS.

Marilah kita bersama-sama menggerakkan persatuan PPAKM serta menyatukan seluruh penternak bagi manfaat seluruh ahli persatuan PPAKM...
 

Biosekuriti dan Keselamatan dalam Ladang

Klik kanan dan view image untuk besarkan......

1 Oktober 2013

T Shirt

T Shirt untuk Ahli Persatuan & juga peminat- peminat Ayam Kampung. Diambil dari internet. Kena tukar wording "AYAM KAMPUNG". Secara tidak langsung kita dapat mempromosikan ayam kampung kita.


28 September 2013

Salam Pengenalan

Assalamualaikum semua...

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua kerana pada hari ini adalah hari bersejarah kerana tertubuhnya persatuan kebanggaan kita iaitu "PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA". Setelah dari pagi tadi kita bertungkus-lumus berbincang dan bertukar-tukar pandangan akhirnya impian menjadi kenyataan. Syabas semua....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...